2nd Oversea Trip - Medan, Indonesia

Date Pergi - 3rd - 5th December 2010

Budget
1. Flight Ticket AA - RM300++
2. Travel Package - RM415 seorang (3H2M)
3. Souvenior - RM100
4. Tempat Menarik - Lake Toba

2nd oversea Trip pergi Medan, Indonesia. Yang ni memang tak plan ape pun. Ari Jumaat nak pergi, hari rabu baru beli flight ticket. Main redah aje, dah beli flight ticket, terus carik travel agent pulak for the package. Tak fikir panjang terus setuju aja, hari Jumaat flight pagi kul 6..zzzzz

Sampai sana dah ada agent di sana yang menjemput, pastu menunggu lagik penumpang lain yang join the tour tapi flight delay plak. Ada dekat 2 jam menunggu dalam bus. huhu..ni yang malas if ikut GIT ni. Nak pergi ke Danau Toba dari Airport Medan mengambil masa dalam 5 jam perjalanan menggunakan Bas (Pariwisata). Punyalah lama, tapi tour tu akan stop few tempat. Sepanjang perjalanan akan nampak ramai rakyat Indonesia ni menjual pelbagai item yang unik2 di tepi2 jalan, even waktu di traffic light.



First stop makan tengahari.Memang makanan kat sana paling bestlah, sangat mewah! i likee.. ;)



Pastu 2nd stop ialah sebuah tempat dipanggil Tang Tang Ting Ting ape ntah..panjang name dia. Kat sini korang boleh beli biskut², kacang² local made.


Sesampainya di kawasan Lake Toba, subhanallah cantiknya pemandangan. Luas sungguh tasik terbesar di Indonesia ni yg terbentuk dari letusan gunung berapi zaman dolu².



2nd day
Keesokkan paginya kami menuju ke penempatan orang batak di Lake Toba. Sampai sana dorang ada buat tarian tradisional, korang kena la ikut menari bagi menghormati adat dorang. Sebelum tu tour agent dah remind, kaum batak ni sangat aggresif dan dorang akan paksa korang beli barang² yang di jual. Dah cuak time pergi tu bila tengok muka dorang suh beli barang. Aku pun senyum aje lah, memang la tak nak beli lagi. Tetiba makcik tu cakap " Iya, aku ingat wajahnye"...Makk aii..terus x leh tido malam dibuatnya..uwaaaa Tapi tu la kesian juga dorang ni duduk terasing kat situ, hidup mereka agak susah. Nak tak nak beli jugak lah, tapi beli kat sorang, tetiba ramai pulak yang serbu.. sampai ke atas feri kena serbu,,,uwakkk..Pastu tour agent buat demo mcam mana kaum batak dulu bunuh orang. sebab tu sampai sekarang glamor cite orang batak makan orang. Tapi sebenarnya bukan gitu ceritanya. Nak tau cite, pergi sendirik..hahaha



Pada sebelah petang kami bertolak ke Berastagi (tempat sejuk macam Cameron Highlands) tapi ni lagik sejukk. Sepanjang perjalanan hari hujan lebat gila, jalan sikit punya sempit! Berhenti minum petang ginger tea. Ni lah first time minum tea yang rasa pedas gile..tapi habis..hehe. Pastu singgah kat air terjun piso piso (air terjun yg paling tinggi dan tajam) x ada sape berani mandi situ..Sesampai di Berastagi, turun bas untuk membeli buah²an yang sangatlah manis. Malam ni tidur di Grand Mutiara Hotel (macam 5* hotel).


Ginger Team yang pedas


Air Terjun Piso-Piso

3rd Day
Last day gerak balik ke bandar Medan, shopping baju-baju kat sini, FM pastu pergi ke Istana Maimon. Istana ni dah tak ada sultan coz sultan dia terbunuh semasa operasei menyelamat tsunami di Acheh. Tinggalah waris beliau yang berumur 12 tahun. Petang dah gerak gi Airport untuk pulang ke Tanahair tercinta. Kat airport minum dulu Tea botol ni. Minum sejuk² syiookkk ooo.. ;)




Comments