Bangkok, Hua Hin and Prachuap Khiri Khan
Hua Hin and Prachuap Khiri Khan
Date : August 2016
Budget :
1. Flight : Air Asia return RM400 (include luggage and makan)
2. Transportation : sponsored by friend
3. Entrance Fee : so far x ada tempat yg dikenakan bayaran
5. Tempat² Menarik : Khao Sam Roi Yot National Park, Hua Hin Night Market, Hua Hin Beach, Hua Hin Raliway Station, Dusty Monkey, Pala U Waterfall,
6. Hotel : Devasom Resort & La A Natu Bed & Bakery each RM500++ per night
Day 1
Flight jam 8pagi di KLIA2 so bertolak keluar dari rumah jam 5.45pagi coz nak parking di ERL Salak Tinggi. So far parking kat sini lagi jimat dari Putrajaya although rumah dekat aje dengan Putrajaya. Pkl 8 depart from KLIA and arrive in Don Mueng Aiport Bangkok jam 9.30pagi. Sampai² member pickup dah belikan Starbucks and Sandwich Tuna untuk bekal mkn dalam kereta coz seperti KL, Bangkok juga menghadapi masalah jem yang hebat.
Makan tengahari cari port halal. Mula² nak pergi Usman Restaurant tetapi susah nak parking. Maka gerak ke Central Chidlom utk makan di Food Loft.
Nak tau makanan halal di sekitar Thailand, boleh baca di link seterusnya ye. Sebelah petang kami gerak ke Ayyuthaya bermalam di sana coz keesokan pagi nak ke Hua Hin
Day 2
Gerak ke Hua Hin melalui kawasan sawah padi luas terbentang sekitar Ayyuthaya. Bestnya kalau dapat makan tengari kat tengah² sawah tu.
Dari Ayyuthaya ke Hua Hin lebih kurang 3 jam jika jalan clear. Kami pergi hari biasa so perjalanan smooth, Alhamdulillah. Stop makan tengahari di sebuah restauran halal di Ayyuthaya. Kedai biasa tepi jalan dan murah.
Sambung perjalanan ke Hua Hin. Sesampainya di Hua Hin dah petang, so kami lepak² tepi pantai sahaja.
Day 3
Gerak ke Prachuap Khiri Khan lak. Pantai kat sini cantik gak coz tak ramai orang datang kot. Pasir putih memanjang. Tak reti nak cite, upload gambo² aje. hehe
Misi Mencari Dusty Monkey
Misi mencari Dusty Monkey di Ao Manao Bay. Dusty Monkey ni time dia baby color orange, bila dia dah besar normal color. Tapi sgt lah cute mata dia ala² pakai eye shadow gitewww. Nak ke sini perlu melalui Army Camp dan berhampiran pantai Ao Manao.
Anak dia berkepit aje kat ibu dia atas pokok, so x leh nak snap gambar |
Ao Manao Bay |
Pantai Ao Manao |
Otw balik ke Hua Hin hajat di hati nak pergi national park mereka. Tapi sampai sana dah lewat petang. Park pun dah tutup.
penunggu taman negara. hehe |
Khao Sam Roi Yot area |
Hua Hin Railway Station
Kalao mai Hua Hin, meh singgah dulu railway station dia.
Hua Hin Railway Station |
Day 4
Bermalam semula di Hua Hin. Sebagai penggemar sunrise dan sunset, inilah masa yang dinantikan.
Otw nak balik semula ke Bangkok, member ajak ke Pala U Waterfall. Dalam 1 jam dari Hua Hin. Semata² nak ambil gambar rerama. ko mampu?? huhu
Pala-U Waterfall |
Day 5
Perkara wajib kalau tak pergi x salah ialah ke Mango Tango. Makan mango yg tersangatlah yummy. Di area Siam Square Bangkok.
Comments
Post a Comment