Trip to Koh Lipe - Hatyai

Wah! Akhirnya dah selamat sampai dari Madives of Thailand - Koh Lipe. Bagi sesiapa yang nak tahu Koh Lipe adalah salah satu pulau di Thailand yang paling hampir dengan Malaysia. Sebelum start my journey ni meh aku explain sikit cara-cara untuk ke Koh Lipe dari Malaysia

Nov-May: Can access via Telaga Harbour (tiket boleh dibeli secara online DISINI)

June-July: Monsoon, so tidak digalakkan ke sana tapiiii aku sendiri pergi on July!
May-Oct: Access via Pak Bara or Satun (All year long can access via Satun and Pak Bara)

Disebabkan aku nak kesini pada bulan Julai aku kena masuk Koh Lipe melalui Jeti Pak Bara. Kat mana Jeti Pak Bara ni? Jetty Pak Bara atau dalam bahasa omputehnya disebut Pak Bara Pier terletak 123km daripada Hatyai. 

Untuk ke Hatyai pula ada bermacam cara yang korang leh guna contoh  direct flight ke Hatyai, bus & ETS. Cumanya ETS tu renyah sket la nak kena ganti-ganti train lagi. Aku amek direct flight AA ke Hatyai & stay 1 malam sebelum memulakan perjalanan ke Koh Lipe. Kat Hatyai aku stay di Red Planet Hotel dengan bayaran RM68 semalam. Okaylah not bad tau hotel ni. Lagi bagus kat lobby ade bukak kaunter travel agent yang dibuka seawal 6pagi. So xpayah susah-susah menapak cari pakej ke Koh Lipe. Aku beli pakej ke Koh Lipe included return mini van & speed boat 1200baht seorang. Mahal ke murah? Korang survey la sendiri kalau dapat lagi murah, aku rasa okay kot normal price dah tu 😎😎

kaunter travel agent kat lobby Red Planet Hotel

Perjalanan naik mini van dalam 2.5jam untuk ke jeti dan ditambah lagi 1.5jam-2jam perjalanan menaiki speedboat bergantung pada cuaca. Sebelum naik boat kat Jeti Pak Bara tu korang makan lah apa-apa dulu sebab lama lagi perjalanan korang nak sampai. Macam aku perjalanan jadi almost 2.5jam sebab laut bergelora. Naik mual jugak la menahan muntah sebaik sempat beli buah mangga & asam sebelum naik boat tu 😓😓 

Jom layan gambar!


















Comments